Pages

Thursday, July 18, 2013

TEMPURA DURIAN, YUMMY..














Assalamualaikum,
Sudah lama rasanya tidak post kat entry ni, sibuk sikit dengan tugasan mengajar..huhu
Saya nak kongsi satu resipi yang saya rasa sangat sedap dan mengiurkan..huhu
apa lagi kalau bukan TEMPURA DURIAN, yummy...

Semalam hubby bawak balik Tempura Durian ni, sedap sangat, sekali makan nak lagi, lepas tu terasa nak buat sendiri, cari punya cari jumpalah cara-cara nak membuatnya, kalau nak mencuba untuk pencuci mulut ketika IFTAR boleh juga..

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 200 gm isi durian
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung ubi
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
  1. Bancuhkan tepung gandum,tepung ubi dan telur yang dipecahkan serta sedikit air..
  2. Masukkan sedikit garam dan canaikan adunan..
  3. Kemudia,masukkan isi  durian ke dalam adunan tepung..
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng adunan tepung hingga kuning keemasan..
  5. Hidangkan semasa masih panas.
Selamat Berbuka Puasa dengan Tempura Durian, Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment