Pages

Thursday, July 18, 2013

TEMPURA DURIAN, YUMMY..














Assalamualaikum,
Sudah lama rasanya tidak post kat entry ni, sibuk sikit dengan tugasan mengajar..huhu
Saya nak kongsi satu resipi yang saya rasa sangat sedap dan mengiurkan..huhu
apa lagi kalau bukan TEMPURA DURIAN, yummy...

Semalam hubby bawak balik Tempura Durian ni, sedap sangat, sekali makan nak lagi, lepas tu terasa nak buat sendiri, cari punya cari jumpalah cara-cara nak membuatnya, kalau nak mencuba untuk pencuci mulut ketika IFTAR boleh juga..

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 200 gm isi durian
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung ubi
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN :
  1. Bancuhkan tepung gandum,tepung ubi dan telur yang dipecahkan serta sedikit air..
  2. Masukkan sedikit garam dan canaikan adunan..
  3. Kemudia,masukkan isi  durian ke dalam adunan tepung..
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng adunan tepung hingga kuning keemasan..
  5. Hidangkan semasa masih panas.
Selamat Berbuka Puasa dengan Tempura Durian, Selamat Mencuba..

Sunday, July 7, 2013

TIPS UNTUK PERSEDIAAN BULAN PUASA BAGI IBU HAMIL DAN MENYUSU

Alhamdulillah, Ramadhan bakal tiba lagi. Saya tahu, ramai ibu-ibu yang menyusukan anak buat kali pertama (terutamanya) akan sedikit risau bagaimana nak teruskan penyusuan eksklusif semasa berpuasa.

 Kelonggaran Berpuasa bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan

Islam agama yang sempurna, tidak sesekali dibuat sesuatu kewajipan untuk menyusahkan umatNya. Jadi, paling penting untuk kita mulakan dengan berfikiran positif, yakin dan bertawakal pada Allah dalam isu ni. Kadang-kadang kita je yang terlebih risau benda yang tak sepatutnya dirisaukan. Tapi dengan syarat, kita dah ambil segala langkah berhati-hati dan persiapan mencukupi... barulah boleh kita tawakal.

Allah S.W.T. telah memberi kelonggaran (rukhsoh) dalam puasa bagi ibu yang mengandung dan menyusukan. Jika tidak mampu berpuasa, ibu boleh meninggalkan puasa tetapi perlu menqadha' (mengganti) puasa tersebut di bulan-bulan lain. Pahala puasa tersebut memang tidak sama sebagaimana berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kita dapat peluang melaksanakan kewajipan tersebut di bulan lain.... indahkan?

Jadi, sebab itu sebolehnya jika mampu, ibu boleh laksanakan puasa dalam bulan Ramadhan bagi mengambil peluang keistimewaan puasa yang tiada di bulan lain. Ramai ibu yang dah berjaya lakukannya. Insya Allah dengan persiapan yang cukup, takde ibu yang akan tinggalkan puasa Ramadhan atas sebab menyusukan anak.

 Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

Persediaan stok EBM : Buat rancangan mengumpul stok beberapa bulan sebelum Ramadhan. Walaupun kajian menunjukkan production susu dari segi kuantiti tidak terjejas disebabkan puasa, lebih baik kita bersedia lebih awal sebagai langkah berhati-hati
Berfikiran positif : Yakinlah bahawa kita mampu melalui tempoh puasa dengan baik. Jangan fikir mengenai kemungkinan production drop atau anak tidak cukup susu. Mohonlah dengan Allah untuk bantu perjalanan penyusuan ini.
Pemakanan : Makanan yang berkhasiat sangat penting ketika menyusukan anak dalam bulan puasa. Ini kerana, kajian menunjukkan kualiti nutrien dalam susu ibu akan menurun ketika berpuasa walaupun kuantitinya tidak terjejas.
Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini

Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.

Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)

Di sini saya mencadangkan produk Shaklee yang sesuai untuk para ibu pada bulan puasa nanti.

















SET BREASTFEEDING (PREMIUM) -
Kandungan  :

    Energising Soy Protein - minuman soya yang bantu masalah gastrik, memberi tenaga berpanjangan

    Vita-Lea - mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk isi 'vitamin gap'

    Vita-C - tingkatkan imuniti

    B Complex - bantu pecahkan makanan kepada tenaga - kurangkan letih dan lesu

    OsteMatrix - bekalan kalsium

    Alfalfa - milk booster

Bila puasa, paling penting tambah PERFORMANCE DRINK - mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa, bantu imbangkan cecair badan!

Jadi, ibu-ibu jangan risau sangat ye pasal berpuasa ketika menyusu. Insya Allah, cuba buat persediaan awal dan jaga pemakanan anda. Kita doa dan yakin serta tawakal setelah berusaha.
Nak tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee ? Hubungi saya ye...

LAMA MENYEPI

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dah lama tak post kat entry, erm bukan apa dah start kuliah ni, kelas agak pack, dan nak bukak pc pun tak sempat2.. takpelah entry kali ni zue nak bgtau pasal keberkesanan Alfalfa Shaklee, zue dah cube pun, erm hasilnya memg bgus..masalh yang sebelum ni ada dapat diatasi dengan Alfalfa, susu badan pun bertambah banyak, terima kasih Alfalfa Shaklee..